Gambar-gambar sepanjang proses pendaftaran
Kelihatan di dalam gambar dua orang pelajar perempuan
pertama yang mendaftar di asrama kediaman pelajar pada hari pertama pendaftaran
sempena MPPB 2014.
Pasangan kembar Syafiqah dan Syahirah dari Bagan Serai
,Perak yang merupakan pelajar jurusan sains merupakan pasangan kembar perempuan
pertama yan mendaftar di pusat
pendaftaran di Blok B.
Pasangan kembar Syukri dan Zikri dari Keramat, Kuala Lumpur.
Antara gambar-gambar yang dirakamkan oleh lensa kamera kami semasa proses pendaftaran |
Kelihatan beberapa ahli keluarga pelajar bergerak melintasi laluan pejalan kaki dari
asrama kediaman pelajar ke Pusat Sumber.
Kelihatan Pengarah KMKt turun padang menyambut tetamu berkenderaan sendiri dan menerangkan lokasi pendaftaran pelajar
baru di hadapan Bangunan Pentadbitan
KMKt.
Dewan Serbaguna Ibnu Yunus merupakan salah satu tempat utama
dijalankan aktiviti sepanjang Minggu MPPB 2014.
Kelihatan kenderaan
yang membawa pelajar dan keluarga masing-masing menuju ke tempat
pendaftaran di asrama kediaman blok B dan D.
Kenderaan mula memasuki kampus KMKt seawal jam 7.15 pagi.
Pemandangan waktu pagi di dalam kampus KMKt.
Antara salah satu pusat pendaftaran iaitu di Blok B untuk pelajar perempuan.
Antara gerai jualan sementara yang disediakan untuk
kemudahan pengunjung ke KMKt.
Antara salah satu gerai jualan yang dibuat khas untuk MPPB
2014.
Timbalan Pengarah KMKt, Tuan Haji Abdul Manaf Musa sedang
beramah-mesra dengan ibubapa pelajar.
Salah seorang
pensyarah bertugas sedang menjelaskan sesuatu kepada salah seorang pelajar baru
yang membuat pendaftaran.
Ahli keluarga juga turut teruja menghantar anak-anak mereka mendaftar di kolej matrikulasi kelantan. Raut wajah ibu bapa penuh kegembiraan dan kebahagiaan, mengharapkan kejayaan anak-anak di program matrikulasi.
Kelihatan di dalam gambar, seorang pelajar dibantu oleh ahli keluarga, mengemas dan menyusun atur barang-barang di dalam bilik asrama. Wajah ceria pelajar sudah dapat menceritakan perasaan gembira dan teruja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan