Khamis, 12 Jun 2014

Pendaftaran pelajar ambilan ke dua



Bertempat di Pusat Pusat Sumber KMKt, pendaftaran bagi ambilan kedua program matrikulasi ambilan 2014/2015 telah berlangsung dengan lancar. Ibubapa serta pelajar yang datang telah menunggu di bangunan Pusat Sumber  pada jam 7.45 pagi. Antaranya datang dari Johor ,Kedah dan dari negeri-negeri lain  dengan menaikik kenderaan sendiri dan pengangkutan awam yang lain .
Proses pendaftaran di bantu oleh petugas yang dilantik serta turut dibantu oleh pelajar yang mendaftar pada ambilan pertama pada Mei 2014.




Kelihatan para ibubapa dan pelajar tiba dengan menaiki kenderaan masing-masing.



Seorang pembantu sedang memberi panduan kepada pelajar baru untuk mengisi data secara online.

Sebahagian dari para ibu bapa sedang menunggu anak-anak mereka di dalam Pusat Sumber yang sedang melalui proses  pendaftaran secara online.